Sunday, August 14, 2011

✿Tolong jangan sentuh cintaku…✿



Puas mengiring ke kiri, dia mengiring ke kanan pula. Sekejap-sekejap penghawa dingin dibiliknya itu dihidupkan, sekejap kemudian dimatikan semula.  Baringnya tak ketentuan, umpama jarum jam, dia membuat putaran 360% di atas katil. Hmmmm…Entah kenapa, malam itu payah betul hendak melelapkan mata dan Raisya sudah tidak boleh memaksa matanya untuk tidur lagi. Semakin dipaksa semakin rimas jadinya, kusut dan serabut.. Lantas dia bingkas bangun dan terus saja membuka notebook Viao.

Hi..nape x tdo lagi ni..tdo le..dah lewat..nanti awk sakit pulak” , baru saja login fb, terus saja ada yang menyapa.

Hmm..sy tak boleh tdo la zam

Lhaaa..Nape tak boleh tdo ni,ada masalah ea? Cube cite kat saya”.

‘Hmmm…okey..stakat ini saja..maaflah..aku tak ada mood untuk chat mlm ni’ bisik Raisya hanya setakat di dalam hatinya. Perbualan bersama azam tadi dibiarkan sepi begitu sahaja. Sms daripada Irfan dan Danny di handphone juga dibiarkan tidak berbalas..
Kejam? Jahat ?? 

Ya.. Raisya senyap-senyap mengakui  tindakannya itu sangat mementingkan diri terhadap teman-temannya yang lain..Dia juga tahu, dia sedang kebosanan, dia mahukan teman berbicara…dia mahukan teman untuk bergelak-ketawa sampai dia bisa terlelap semula.. Tapi yang di mahukannya bukan dari Azam atau Irfan atau Danny atau salina atau siapa-siapa pun. Sesungguhnya, dia tidak dapat membohong hatinya saat itu bahawa dia benar2 tidak ingin berbicara lanjut dengan orang lain.

Yang dia mahukan saat itu hanya 1 nama sahaja. Hanya nama itu sahaja yang sering dia nanti-nantikan tiap masa. Orang itu saja yang diharapkan untuk terus berbual dan menemaninya tiap saat. Hanya nama itu….. seorang adam itu sahaja..
To be continue

1 comment:

shameel Iskandar said...

seronak baca entry ni. Teruskan hingga jadi sebuah novel nnt.